Sunday, August 29, 2010

Izzat, nk tahu x?



Assalamualaikum.

Izzat,

Semalam, kakak hantar Izzat gi tusyen kan. Otw balik ke rumah, akak dgr ikim.fm. Bukak je radio, akak dgr alunan surah at-Taubah ayat 17-18.

Izzat tahu maksudnya?

"Tidaklah layak orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran mereka sendiri. Mereka itu ialah orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. (9:17)

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk. (9:18)"

Izzat nak tahu tak?

Bila difikirkan dengan akal yang ALLAH kurniakan ni, akak mula rasa Allah telah memberi hidayah kepada kita supaya mendekati masjid/surau yakni rumah ALLAH wahai adikku.

Izzat, perasan x dgn berita yang telah berlaku skrg menunjukkan bahawa betapa dekatnya kita dgn hari kiamat. Macam-macam kan, izzat. Kita dah memang sgt2 hampir..

Justeru, marilah kita bersama-sama. Sebagai umat Islam, yang beriman kpd Allah, mendirikan solat, tunaikan zakat, dan jangan takut kepada selain ALLAH.

Wahai Izzat adikku syg, JANGANLAH dibiarkan rumah Allah yang suci dicemari dengan kekufuran kafir musyrik. Kita sebagai umat Islam ada tanggungjawab dalam memakmurkan rumah-rumah Allah(masjid/surau). Kita jaga, kita hidupkan masjid kita dengan sepenuhnya insyaALLAH. Dengan solat berjemaah, tadarus al-Quran, majlis-majlis ilmu. JANGAN dibiarkan agama Islam kita yang suci diremeh2kan. JADILAH khalifah di muka bumi ini dengan sebaiknya. Amanah yang ALLAH berikan kpd kita harus kita jaga sebaiknya ye wahai syg kakak.. :)

Buat apa yang kita mampu. Slow2.. Izzat sbgai mukmin, jagalah solat berjemaah. Kalau boleh , setiap waktu solat mestilah ke surau utk berjemaah. Penuhkan saf hadapan ye izzat. Saf yang terbaik bagi mukmin adalah yang paling depan, manakala utk mukminah di belakang. Apa yang penting ingatlah: SOLAT ITU TIANG AGAMA. Tinggalkan satu sahaja solat fardhu bermakna satu tiang telah roboh. Bak rumah yang mempunyai tiang untuknya kukuh mendiami satu kawasan. Kalau roboh satu tiang, x ke akan roboh kselurhan rumah tu nanti? Senget? ye..tapi Tu baru satu kan izzat, kalau banyak tiang ? macamna dengan rumah tu? Hancur..

Jadi, akak harap izzat kakak yang comel ini akan dpt jadi mukmin sejati seterusnya khalifah plg hebat dalam agama..insyaALLAH. Doa kakak dan kluarga kita sentiasa bersama izzat. Lebih2 lagi mama. Sentiasa mngharapkan anak bongsunya ini mampu menjadi pendukung agama yang mantap (ustaz). walau pe pon, kakak selalu doakan izzat supaya sentiasa diberi hidayah dan petunjuk Allah dlm mencari keredhan-NYA. Jadilah manusia yang berbakti dan sentiasa dlm redha ALLAH. amin.

Jaga agama ye. Baru akhlak mulia. Akhlak mulia, orang syg. Orang syg, mama dan ayah syg, kakak syg, abg din, kak fatin n kak aina syg. ALLAH PUN SAYANG. :)






Syg izzat.

Ikhlas dari kakak ;)



No comments:

Post a Comment