Monday, August 30, 2010



Assalamualaikum.

Izzat, tadi kakak pergi tadarus kat surau kat umah kita ni. Boleh dikatakan arini paling awal pegi tadarus. huhu. Pukul 7.15pagi. Hari ini dah masuk sampai juzuk ke-16. Alhamdulillah :)

Dan hari ni juga, kakak bawa Quran tafsir(ayah punye) dan Quran yang selalu kakak bawa utk dibaca (Quran mama). Kalau biasanya ayat Quran tu dibaca sahaja (sebab guna Quran biasa yang xde tafsir), arini rasa nak baca, dengar dan hayati makna ayat yang dibaca pula.

Sbelum turn kakak baca, ada beberapa turn makcik yang baca dulu. Iaitu maklong dan kakrusni. Lepas tu baru kakak. Lepas kakak, baru cik esah, cik yah, ckgu akmal, cik wa dan cik mi. Semasa dorg tgh bace, sempatla kakak menangkap beberapa potong ayat suci al-Quran yang terpanggil hati kakak utk kongsi dgn adik2 kakak dan kawan2 yg lain juga :)


"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solah untuk mengingatiKu. Sungguh, hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dgn apa yang telah dia usahakan."
(Surah Taha:15-16)


"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik utk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu utk dirimu sendiri. ..."
(Surah al-Isra':7)




Renung2kan dan selamat beramal ~

No comments:

Post a Comment