Thursday, December 2, 2010

letih gle mggu ni..
lab dh start, latihan KWjD makin menjadi2..
tgga bertgkat2 seperti sdh sinonim dgn hidupku sjk pndh rmh baru..

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat..redhakanlah perbuatan kami ya Allah..kuatkanlah diri kami dlm mnghadapi dugaan yang Kau dtgkan ini ya Allah..

mode: sdg relaks jap smnntara tggu Brian dtg utk Flow Cytometry analysis..ptg ni wat spectrophotometry n run gel electrophoresis lak.. rushing here n there.. what a life!
really exhausted rite now.. nak masuk hutan boleh x??? T_T
bestnye kalo blh amek sampel skrg..!

Friday, October 29, 2010

luahan rindu


ok..sebelum ape2..biarla sy nk mengatakan sesuatu..




sy rndu batch 21 sy la!!!



wlupon 3thn brsame..byk kenangan tlh trcipta..ade suke ade duke..mcm2 la kite lalui n tempuh bersama.kdg2 ade nilai yg x sma rata..wlubgaiamnapun ukhwah tetap diprthnkan..

ok..saya minta maaf kalo slama ni sy sentiasa xdpt nk bg spenuh daya usaha utk sesuatu prkara.. maafkanlah sy yg lemah ini..walau pe pon yg trjadi sy ttp syg kamu2 smua...!!

rndu sgt2.. jum kua mkn sme lg jum thee~

Wednesday, October 20, 2010

lab 5a

Assalamualaikum.

Sekarang, saya berada di Lab 5A mencari dan mendonwload jurnal2 yg berkaitan. Sepatutnya tmpat kat Lab Bioinfo Dr. Firdaus. Tapi saje ikut Quinnie.. nak merasa macamna lab 5A. After all, lepas ni mesti byk wat wetlab kat situ. Hoho. just nk gtaw nnt ade postdoctoral talk kat Lecture Theater, Makmal Biologi Molekul.. kul 12. (harap2 saya belum perlu membentang, nk tengok dulu orang lain buat mcmna)

Jom ramai2 datang...

jumpa kat sane k.. ;)

Toodles!

Tuesday, September 21, 2010

Sentiasa Sayang~



Aku sayang negara aku..



kamu?



Wahai pemimpin, jangan terlalu diturut kehendak musuh kelak negara kan tergadai..



Wahai rakyat, jaga tingkahlaku, mari bersatu..



Wahai belia harapan bangsa, mara bersemangat patriotik cintakan negara, tegakkan kemegahan negaramu, bukan meremehkan negara yang selama ini kamu hidup aman damai di dalamnya..





Aku cinta negara aku..






Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Friday, September 10, 2010

Raya 2010 - versi Family Terengganu



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sibuk betul raye pertama ni. Tadi baru je selesai goreng2 mihun dan macam2 lagi buat tetamu yang datang. Dan semua yang datang adalah dari sanak saudara terdekat iaitu sepupu-sepapat dan mak juga ayah saudara a.k.a adik beradik mama. Syukur ke hadrat Allah sekali lagi kerana semua yg datang dapat juga makan . Mihun yg mama wat memang sedap..FYI, 3 kali buat mihun sampai gas di dapur juga sudah kehabisan.huhu.. yela ramai anak wek hok mari.. hihi. Papepun suka sgt bila ramai2 kat rumah :)

Pagi, solat sunat hari raya di surau Taman Purnama dulu. Seusai solah, sempat bersalaman dgn jiran2 tetangga. Tak lupe salam dgn geng2 tadarus saya iaitu Cik We, Cik Lah, Cik Esah, Cik Jah dll. Tapi, Cik Yah dan CikMi x dang nk salam sbb x dang nk cari. Ramai gak. Dah mama kate kena cepat pulok sbb nk gi umah tokma. Lagipon arini ari Jumaat, kena la awl2kan sumenye sbb nk kejor ke solat jumaat tuh.

Otw blk dr surau ke umah, feeling jadi sgt hepi.. xtau kenape.. xmcm raye2 lepas.. Khutbah yg diberi juga meninggalkan kesan yg sgt mndalam. Berkaitan silaturrahim.. :)

Sampai umah siap2 nk g umah tokma n sempat la ambil gmbor keluarga sket. hehe. Pastu trus desyum g umah tokma..


ni la antara gmbar yg smpat diambil di umah kami :)


Sampai di umah tokma terus salam2 ngn sume.. Ayah Din, Ayah Jiz, Ayah Long, Tokma, Cumat, Che Yah, Che Ani, Che Bah..argh.. byknye nk sebut sume.. erm upload gmba la sng..hehe nnt blh tgk blake ;)

ni sume sekali kecuali abg amru-dia yg tgkap gmbo ni..heheh


sebahagian gmbar dr jarak dekat :)

ni anak2 pmpuan tokma dan beliau :) nmpk cm adik bradik ke sume? awet mude kan tokma..haha


Lepas tgkp gmbor n dpt duit rye..Ayah En terus bgtau kat sume "Ok, jom kita gi raye.. First stop, umah Dato' Wan Farid dulu." Ayah En mmg sokmo jd ketua rombongan x rasmi :)

Sampai di rumah Dato' Wan Farid, perasaan jd hepi lg sbb dpt kumpul ngn family rmai2..Alhmdulillah.. siyes..suke sgt tgk ramai2 :)

Byk mknan sdap2 kat situ. ade sate, soto, kek kuih rye xyah kabo la mmg byk jenis. Alhmdulillah. Kenyang.. :)


ni la Dato' Wan Farid (sepupu mama) yg sdg bersalaman dgn ayh :)

bergmbor ngn kek sket..hihi. sdap tau blueberry cheese cake ni..nyum2


Selesai umah Dato' Wan Farid, ingat nk gi umah Tok Cik.. tapi xdop org plok kat umah..rupe2nye, tokcik g brye umah jiran die je.. kat umh pokcik Taha..huhu. Patu nk g umah Tok Ngah kat Ladang..xdop org jugok kat umah..huhuk.. Masuk raye ni, 3-4 kali jugok la g brye xdop org..huhu. Ikut anak2 die la tu brye kot. Insya-Allah lain kali ade la kalau g balik.. :)

Pastu pe lg..sume umah org2 yg lebih tua tiada di rumah, baliklah kami ke rumah. Sbb sep laki ni nk g solat jumaat la pulok kan.. :)
Petangnye, datangla family Che Yah dulu, lepas tu family Ayah Din, Abg Iju n Kak Intan, Che Bah n Tokma, last sekali family Cumat n Ayh Su.

Hurm,, agk letih gk sbnrnye ni.. yela.. masak n wat keje mcm wat rumah terbuka tapi hok mari sdare mare je pon..huhu. Tuah sedare ramai.. Papepun Alhmdulillah :)

K la.. nk rehat n solah isya' plk ni.. Sory la klu tulis sikit je.Teringin nk cte pjg lebar tp bdn ni prlukan rest gk.. huhu sory ye. until next time.. Nntkan versi Raye di Johor pule ;) InsyaALLAH.. Assalamualaikum ^_^

Saturday, September 4, 2010

Doa harian bulan Ramadhan


Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah, Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Kepada Semua Pengasih.


Doa hari Kedua

اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah, Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang YangBenar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian Alam.Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.


Doa Hari Ketiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah, Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!


Doa Hari Keempat

اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah, Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.


Doa Hari Kelima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Ya Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya’-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih


Doa Hari Keenam

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah, Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan


Doa Hari Ketujuh

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah, Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.


Doa Hari Kelapan

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah, Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap


Doa Hari Kesembilan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah, Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.


Doa Hari Kesepuluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.


Doa Hari Kesebelas

اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah, Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.


Doa Hari Kedua Belas

اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah, Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana’ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.


Doa Hari Ketiga Belas

اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah, Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.


Doa Hari keempat Belas

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah, Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala’ Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.


Doa Hari Kelima Belas

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah, Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu’. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.



Doa Hari Keenam Belas

َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah, Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.


Doa Hari Ketujuh Belas

اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah, Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.


Doa Hari Kelapan Belas

اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah, Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.


Doa Hari Kesembilan Belas

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah, Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.


Doa Hari Kedua Puluh

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu’min.


Doa Hari Kedua Puluh Satu

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah, Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.


Doa Hari Kedua Puluh Dua

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.


Doa Hari Kedua Puluh Tiga

اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah, Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.


Doa Hari Kedua Puluh Empat

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah, Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.


Doa Hari Kedua Puluh Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah, Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.


Doa Hari Kedua Puluh Enam

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah, Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.


Doa Hari Kedua Puluh Tujuh

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah, Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.


Doa Hari Kedua Puluh lapan

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah, Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.


Doa Hari Kedua Puluh Sembilan

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah, Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Dosa-dosa Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.


Doa Hari Ketiga Puluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah, Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam


sumber : pondok pasir tumboh

Monday, August 30, 2010



Assalamualaikum.

Izzat, tadi kakak pergi tadarus kat surau kat umah kita ni. Boleh dikatakan arini paling awal pegi tadarus. huhu. Pukul 7.15pagi. Hari ini dah masuk sampai juzuk ke-16. Alhamdulillah :)

Dan hari ni juga, kakak bawa Quran tafsir(ayah punye) dan Quran yang selalu kakak bawa utk dibaca (Quran mama). Kalau biasanya ayat Quran tu dibaca sahaja (sebab guna Quran biasa yang xde tafsir), arini rasa nak baca, dengar dan hayati makna ayat yang dibaca pula.

Sbelum turn kakak baca, ada beberapa turn makcik yang baca dulu. Iaitu maklong dan kakrusni. Lepas tu baru kakak. Lepas kakak, baru cik esah, cik yah, ckgu akmal, cik wa dan cik mi. Semasa dorg tgh bace, sempatla kakak menangkap beberapa potong ayat suci al-Quran yang terpanggil hati kakak utk kongsi dgn adik2 kakak dan kawan2 yg lain juga :)


"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solah untuk mengingatiKu. Sungguh, hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dgn apa yang telah dia usahakan."
(Surah Taha:15-16)


"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik utk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu utk dirimu sendiri. ..."
(Surah al-Isra':7)




Renung2kan dan selamat beramal ~

Sunday, August 29, 2010

Izzat, nk tahu x?



Assalamualaikum.

Izzat,

Semalam, kakak hantar Izzat gi tusyen kan. Otw balik ke rumah, akak dgr ikim.fm. Bukak je radio, akak dgr alunan surah at-Taubah ayat 17-18.

Izzat tahu maksudnya?

"Tidaklah layak orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran mereka sendiri. Mereka itu ialah orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. (9:17)

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk. (9:18)"

Izzat nak tahu tak?

Bila difikirkan dengan akal yang ALLAH kurniakan ni, akak mula rasa Allah telah memberi hidayah kepada kita supaya mendekati masjid/surau yakni rumah ALLAH wahai adikku.

Izzat, perasan x dgn berita yang telah berlaku skrg menunjukkan bahawa betapa dekatnya kita dgn hari kiamat. Macam-macam kan, izzat. Kita dah memang sgt2 hampir..

Justeru, marilah kita bersama-sama. Sebagai umat Islam, yang beriman kpd Allah, mendirikan solat, tunaikan zakat, dan jangan takut kepada selain ALLAH.

Wahai Izzat adikku syg, JANGANLAH dibiarkan rumah Allah yang suci dicemari dengan kekufuran kafir musyrik. Kita sebagai umat Islam ada tanggungjawab dalam memakmurkan rumah-rumah Allah(masjid/surau). Kita jaga, kita hidupkan masjid kita dengan sepenuhnya insyaALLAH. Dengan solat berjemaah, tadarus al-Quran, majlis-majlis ilmu. JANGAN dibiarkan agama Islam kita yang suci diremeh2kan. JADILAH khalifah di muka bumi ini dengan sebaiknya. Amanah yang ALLAH berikan kpd kita harus kita jaga sebaiknya ye wahai syg kakak.. :)

Buat apa yang kita mampu. Slow2.. Izzat sbgai mukmin, jagalah solat berjemaah. Kalau boleh , setiap waktu solat mestilah ke surau utk berjemaah. Penuhkan saf hadapan ye izzat. Saf yang terbaik bagi mukmin adalah yang paling depan, manakala utk mukminah di belakang. Apa yang penting ingatlah: SOLAT ITU TIANG AGAMA. Tinggalkan satu sahaja solat fardhu bermakna satu tiang telah roboh. Bak rumah yang mempunyai tiang untuknya kukuh mendiami satu kawasan. Kalau roboh satu tiang, x ke akan roboh kselurhan rumah tu nanti? Senget? ye..tapi Tu baru satu kan izzat, kalau banyak tiang ? macamna dengan rumah tu? Hancur..

Jadi, akak harap izzat kakak yang comel ini akan dpt jadi mukmin sejati seterusnya khalifah plg hebat dalam agama..insyaALLAH. Doa kakak dan kluarga kita sentiasa bersama izzat. Lebih2 lagi mama. Sentiasa mngharapkan anak bongsunya ini mampu menjadi pendukung agama yang mantap (ustaz). walau pe pon, kakak selalu doakan izzat supaya sentiasa diberi hidayah dan petunjuk Allah dlm mencari keredhan-NYA. Jadilah manusia yang berbakti dan sentiasa dlm redha ALLAH. amin.

Jaga agama ye. Baru akhlak mulia. Akhlak mulia, orang syg. Orang syg, mama dan ayah syg, kakak syg, abg din, kak fatin n kak aina syg. ALLAH PUN SAYANG. :)






Syg izzat.

Ikhlas dari kakak ;)



Friday, August 27, 2010

sedikit tazkirah Ramadhan~

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:


" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,


2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,


3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,


4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,


5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".






Selamat menjalani ibadah puasa dan memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan penuh barakah ini ye semua :)


P/S: Tadi balik dr kubur arwah ki, sempat lg memikirkan dan merenung masa depan apabila jasad sendiri pula berada dalam kubur.. Ya Allah, redhakanlah kami, muliakanlah kami.. amin..

Sunday, August 1, 2010

sekian lama

alhamdulillah..

zaman perkuliahan bg ijazah sarjana muda selama 3 thn di ukm telah sampai ke penghujung.

smlm baru shj slesai menyelesaikan urusan pengmbilan jubah knvo..

10/8/2010. sidang 7. 7.30pagi-12.30tghari.

jemput dtg ye sume. x bg bear pun xpe, bunga sejambak pun dh cukup. hehe~tenkiu :)

tme kasih pd sume yg tlh memberi sumbgn dan dorongn smada scr lgsg o x lgsg dlm kjayaan sy mncapai kputusan yg didapati. smoga kwn2 yg brgraduasi skali pon akan brjaya slpas ni dlm mbawa haluan masing2.. :)

thniah kpd sume graduan ukm pd 7-10 ogos ni ;)

Sunday, February 14, 2010

Busuk Betul!

"Busuk betul di sini" keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu melihat sahaja kerenah bapanya.

"Aku hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini masih busuk juga."

Orang tua itu masuk ke dalam rumah.

"Eh, masih busuk juga. Pelik."

Orang tua itu terus marah-marah. Ke mana sahaja dia pergi terhidu bau busuk.

Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, "Ayah, cuba ayah lihat cermin.."

Orang tua itu pun pergi ke depan cermin. Dia terkejut kerana didapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan di kebun pagi tadi.

Patutlah ke mana sahaja dia pergi berbau busuk..rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat lain tetapi tahi yang terpalit pada hidungnya sendiri!



PENGAJARAN:

Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca dari kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang sentiasa berprasangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya.


Astaghfirullah.. sama-samalah renungi dan insafi diri..







sumber: SOLUSI isu #5

Wednesday, January 27, 2010

peringatan buat diri saya

Dear alia,

esok 27/1/2010 rabu

pg 8-1:
-pegi lab run gel utk marker 21,22,23,24.
-ptstat notes biotek haiwan yus
-byr hutang dia
-tanya sape2 yg g kls biomol mlm ri senin ritu..T_T

ptg 2-6:
-kls 2 jam 3-5
-analisis lab
-sejarah fermentasi industri
-tugasan 1 & 2 biomol

mlm 9-12:
-bg duit kat khairul..hmm xkre lg..sory3..nnt kre!
-kls silat

sekian. so..alia! Jadikan hari esok lebih baik dr hari semalam ye! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya ALLAH, berilah hidayah dan rahmat dalam perbuatan dan amalanku agar sentiasa dalam jalan keredhaan-MU..amin..

Tuesday, January 5, 2010

hm..


i know i'm tired today..walopun br lek kls silat, nk luahkan jugak pe yg trbuku spnjg rini sket..(lps ni jnji kne siapkn logbook k :P)

isnin 4/1/10 arini...

lab dari pagi smpai ptg.. start 9pg blk 6.30ptg..:(
sgt letih..
pening..
hurmm,..

nth knpe clumsy sgt arini..

mcm2 xkena..

phase 2 cume buat 6 markers..
lmbt gle..
npe ni alia..
down..~~

hmm..
nmpk step sume cm sng..
tgk2 result gel photo sgt x best..
lg baik dilution..
hmm..jgn la clumssy lg alia..

rsenye dh tawu npe..

mst x bce doa b4 buat..

xyakin..
x yakin..
xpercaya ngn diri..
tp..
plg besar..

rsenye..plg utama skali...

kna yakin pd ALLAH..

aritu smooth je rsenye sbb byk zikir pd Dia..Slalu ingat Dia..

mstla Dia ingt kita..

jadi..

kne byk2 ingat Dia slalu..
zikir jgn tggal!
doa mula2 skali b4 buat ape2..
mulakan semua perkara dgn BISMILLAH..

ingt tau alia..

ingtan buat diri & teman2 trsyg..

^^

insyaALLAH..ALLAH akn permudahkan..

yakin dan percaya pd DIA.. :)

semua bnda akan kembali kpd-NYA kerana Dia lah semuanya wujud..

...wlupun CNV, eimeria ten, glass plate, acrylam
ide gel, multichannel pipette, loading dye, PCR machine, hatta melting curve analysis juga tips and tube..sume dari Dia.. kan3..

kla..nk wat logbook lak ni.kang esok kelam kabut lg..fuh. slmt brjaya sume..

semoga ALLAH sentiasa kurniakan hidayah kepada aku, keluargaku, saudara2,teman2, sahabat2, dan insan2 di sekelilingku juga mereka yg membaca ini..amin :)


senyum2..jgn tension..^^

alala comelnye die senyum..

senyum itu sedekah ye kwn2..hee~

senyum selalu!

Sunday, January 3, 2010

lab oh lab..



salam..ha dh lme sebenarnya nak cite pasal FYP (final year project) saye ni tp x sempat2..huhu..
k, ringkas dan padat eh(perasan sibuk)..


Tajuk: ANALISIS VARIASI BILANGAN SALINAN DALAM GENOM Eimeria tenella STRAIN Wis MELALUI KAEDAH PENGHITUNGAN BILANGAN MOLEKUL SALINAN




ha, dah nmpak kan tjuknye..so ape yg anda sume paham tntang fyp sy?

ape?

xphm..?

nk kne terang ke..?




hmm

xpe2.. dh ramai org sy jumpe sy trima feedback yg same even lecturer fst sndiri (feedback lctrr fst: oh undergrad Dr. Wan ek?). melainkan jika anda adalah penyelia saya dan bersekutu dgnnya.. :D

hee..
nk djadikan cerita..saya punye fyp/tesis adalah berkaitan dengan sjnis parasit ni: Eimeria tenella.

gerun x bunyi nye? bunyi cam comel jek an? buat nme ank omputih pun sdp je dgr..haha.


Sebenarnya, spesies Eimeria adalah parasit yg infect pada organisma tertentu yang spesifik bergntung kpd jenis spesies Eimeria tu. dan saye punye adalah Eimeria tenella yang amat popular dikenali menginfect ayam. (mesti tertnya kan: ayam yg kita mkn tu ke??)

yup..ayam yg kita mkn tu la termasuk tidak terkecuali..ayam hutan boleh, ayam kampung, ayam bandar, ayam pekan, sume jenis ayam lah.. mmg popular kat seluruh dunia ni Eimeria tenella infect ayam dan ayam tu sakit n kita xley mkn..





so, ape kaitan ngn tajuk fyp sy????

fyp sy ni membuat kajian dari peringkat molekul dan gen untuk mencari ciri2 yg blh diguna pakai utk kepentingan pencarian vaksin atau dadah yang boleh menghalang pembiakan parasit ni..hmm..klu parasit ni infect ayam tu..kite xley mkn, so klu dibunuh parasit ni blh la mkn..



dh blh phm dh sket ek?

bagus2.. :)


hmm..so selama sem lepas n akan dtg..lab tesis sy.. berkaitan ngn CNV Eimeria tenella dari strain Wisconsin.

n sy akn truskn prjuangan ari esok..jika result x dpt jugak kne ulang dari mula..repeat!! T_T

bersemangat!! dgn program yg bertimbun n lab yg x abes lg..chaiyok3 alia!!

niat kne betul..ikhlas krn ALLAH Taala.. ;)




with jin guan: the most loyal lab partner I've ever had ;)

UJIAN..sabar itu sebahagian dari iman..

YA ALLAH..byknya ujian dr-MU...














Kuatkanlah aku ya ALLAH, sesungguhnya aku benar2 lemah d sisi-MU..




ALLAH sengaja turnkan ujian utkku supaya ak lebih beriman kepadanya..



thanks ALLAH for choosing me..


ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..



SAYANG ALLAH.. :)